Mei,November,bermulanya kisah mereka.

Assalammualaikum,

FADLYN AFRINA

Gambar di atas ni diambil beberapa jam selepas AFRINA dilahirkan.bru lahir da pndai tgk camera!

Kisah AFRINA dan ADRIANA bermula dari hari kelahiran mereka.Pada tarikh 11Mei 2009,jam 10.O8 malam saya selamat melahirkan anak pertama saya FADLYN AFRINA bt Mohd Fadly, selepas menahan sakit selama 6jam.AFRINA dilahirkan dengan berat 3.36kg.AFRINA lahir lewat sehari dari tarikh 'due'.AFRINA dilahirkan secara'induce'atau pencetus kerana tiada tanda-tanda kelahiran yang saya alami(sbg cth;pendarahan)jadi,doktor sarankan menggunakkan ubat 'induce'.Seawal 4ptg saya dimasukkan ke 'label room',beberapa jam lepas itu barulah kesakitan itu datang. Pada awal kelahiran AFRINA,doktor maklumkan pada saya ada kelainan pada bunyi jantung AFRINA,jadi doktor sarankan saya dan suami ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.Hari pertama di IJN doktor sahkan jantung AFRINA mempunyai satu lubang kecil,pembedahan tak perlu memandangkan AFRINA aktif.Alhamdulilah,sekarang setelah setiap 6bulan sekali ke IJN dalam tempoh 2tahun,doktor sahkan lubang itu semakin mengecil.Kelahiran AFRINA buatkan keluarga saya dan 'hubby' gembira,maklumlah dia cucu sulung pada kedua-dua keluarga kami.




FADLYN ADRIANA

Kelahiran ADRIANA ada kisahnya tersendiri,rsenye menarik juga untuk dikongsi.FADLYN ADRIANA bt Mohd Fadly dilahirkan pada 12November2011,jam 6.29pagi dengan berat 3.26kg.Pengalaman melahirkan ADRIANA agak mencemaskan saya dan 'hubby'.Mane tidaknya ADRIANA lahir awal seminggu dari tarikh 'due'.Awal pagi hari sebelum ADRIANA dilahirkan saya alami tanda bersalin yang saya tak alami waktu melahirkan AFRINA.Seawal jam 2pagi,waktu 'hubby' saya tidur.'Air ketuban' saya pecah.Pada awalnya saya tidak begitu pasti.Setelah kali kedua alaminya,saya terus mengejutkan 'hubby' saya,dan kami terus ke Hospital.Setelah menahan sakit yang tak begitu panjang seperti semasa melahirkan AFRINA,akhirnya ADRIANA dilahirkan selepas waktu subuh.Kelahiran ADRIANA tidaklah semeriah waktu melahirkan AFRINA,tapi tetap menceriakan dan mengembirakan kami sekeluarga.Dua-dua ibu sayang!!



Gelagat ADRIANA selepas dilahirkan.pandai pula dia buat mimik muka.cebik-cebik manja ye sayang!

Semoga terhibur.selamat membaca.kalau suke dan nak tahu kisah selanjutnye.sila 'follow' dan'comment' okay.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment